Medan ke-2

Selalu sahaja dunia ini
Macam tidak adil
Realiti ini sungguh menipu
Apakah aku seorang sahaja yang merasainya

Yang hebat menindas yang lemah
Yang berilmu menipu si jahil
Yang kaya mengambil hak si miskin
Yang bertubuh sasa menghina si kecil

Adalah tidak mustahil
Akan ada medan kedua selepas kehidupan ini
Agar segala hak dipenuhi tanpa dirugikan sedikit pun
Yang gagal dituntut di dunia ini

Namun kecualinya ada
Bukankah setiap yang ditindas itu
Ada keistimewaan yang dijanjikan oleh Maha Esa
Doa yang tiada hijabnya kepada Al Jabbar

Apakah kita sedar tentang perkara ini
Kalimat Maa Likiyau Middin disebut saban hari
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Tanda kita membenarkan kedatangan HariNya

Kerana ketidakadilan itu bukan sifat yang layak bagiNya.

P/S : Macam mana abu mayat kena seksa? Wallahualam.

La Tahzan

La Tahzan : Jangan bersedih



Fulan


Sudah lama aku terbaca hadith ini
Kadangkala menjadi igauan
Kalau difikirkan
Sesungguhnya Rasul kita tidak akan menipu umatnya
Kerana kata-katanya adalah berita dariNya
Maka seorang laki-laki itu
Boleh jadi mereka yang berpengaruh beragama
Ataupun mereka yang bersahaja
Sesiapa sahaja
Yang pasti
Lelaki ini
Terbukti akan kewujudannya

Nauzubillah min Dzaalik

Duhai Rabb..
Khabarkanlah kepadaku kedudukanku disisiMu

8~12

Asakusa Mosque


A : Edi, kamu nak tahu frasa perubahan manusia?
E : Tak tahu sangat,tengah nak tau la ni.
A : Sejak baby sampai 7 tahun, masa ini input tengah masuk,tapi tak kanak2 tak dapat serap semua
8~14 tahun , tahun inilah semua input dapat diserap.Identiti manusia akan dibentuk semasa ini.
15~22 tahun , manusia akan menjalani konflik identiti.
Tapi
Lepas umur 22 tahun, selalunya kita akan kembali pada sikap kita pada frasa kedua tadi(8~14)
E : Owh, tak tahu pulak.Siapa buat kajian ni?
A : Ustaz Fauzi~~~

Umur 8 hingga 14,dikatakan sikap kita akan kembali kepada frasa ini selepas berumur 22 tahun.
Frasa dimana kita lebih tahu mana benar, mana salah.
Tak tahu sejauh mana kebenaran ini.
Tapi
Kawan-kawan aku da macam lain sedikit.
Mungkin aku sekali tanpa aku sedar.

Walau apapun

Selamat Lebaran
Maaf Zahir dan Batin.
Moga Allah menerima semua amalan kamu dan aku

P/s : Aku rasa aku lemah dalam color matching.Aku pun tak tau kenapa~~

Hartal

20 Oktober 1947
10 tahun sebelum kemerdekaan
Satu gerakan kemerdekaan rakyat oleh PUTERA-AMCJA
Diwakili semua rakyat di Tanah Melayu
Bagi menentang perlembagaan persekutuan British
Hartal


Credit to Fahmi Reza

p/s : Menarik dokumentari ini.Sila tengok sampai habis.

NIL

Fikir-fikir balik,
Sebenarnya, aku tak punyai apa-apa,
Diberikan kepada orang lain,
Sekalipun modal bicara,
Malu menghadap realiti.

Fikir-fikir balik,
Kejap naik,kejap turun,
Sudah lali dengan sunnatullah ini,
Tiada yang kekal
Semuanya pinjaman belaka.

Fikir-fikir balik,
Apa yang datang pergi kembali,
Jemu itu mengikut sekali
Tiada apa-apa untuk dimiliki,
Sekadar menanti panggilan Illahi.

Fikir-fikir balik
Aku tidak memiliki.
Mahupun agama ini.

Fikir-fikir balik
Aku tak punyai apa-apa.
Aku ini SIAPA?Aku ini APA?

1436
Haitsu Oomuro 208